Sunday, August 23, 2009

andai ku tahu....

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya aku sibuk berzikir
tentu aku tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatku aku kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan ku sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malamku aku sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu diriku tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
tentu aku bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA


wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....


andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

Friday, August 14, 2009

cinta...

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul.

Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidup, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi bagi menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan tuan empunya diri dan terus menyatakan niat hati. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan berkenalan dalam masa terlalu lama.

Oleh itu, selepas menyatakan niat kepada ibu bapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi akan diikat menjadi pasangan tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar atau sebaliknya. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan. Namun begitu bertunang bukan merupakan satu tiket yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesraan seperti pasangan suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga atau mahramnya. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan syara'. Jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan boleh diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1848
(telah diringkaskan)

warkah buat seorang adam...


Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah hawa,temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi,tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu. Sentiasa mahu terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dikala akhir zaman ini. Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusannya,kerana andainya Allah mentakdirkan bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia ini dengan darah manusia. Kacau bilaulah suasana Adam sesama Adam bermusuh hanya kerana Hawa.

Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil. Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya juga. Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah Yang mengharuskan adam beristeri lebih dari satu tetapi tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu membimbangkan daku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu merunsingkanku. Tetapi aku risau,gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Sejak dahulu lagi telah kuketahui bahawa seharusnya aku tunduk tatkala telah menjadi isterimu. Patutlah terlalu berat lidahku berbicara untuk menyatakan isi hati ini. Namun sebagai hamba Allah, Aku sayang padamu.

Adam,
Sebagaimana didalam Al-Quran telah menyatakan yang engkau diberi kuasa terhadap wanita. Kau diberi amanah mendidikku. Kau diberi tanggungjawab untuk menjagaku,memerhati dan mengawasiku agar redha Allah sentiasa menaungi. Tetapi Duhai Adam, lihatlah dunia kini.


Apa yang telah terjadi terhadap kaumku?


Kini, Aku dan kaumku telah ramai yang menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan. Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Dijalan-jalan,dipasar,di bandar-bandar bukanlah tempatku. Jika terpaksa,aku keluar dari rumah seluruh tubuhku ditutup dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Tapi realitinya kini, aku telah lebih dari yang sepatutnya.

Adam,
Mengapa kau biarkan daku begini? Sememangnya aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tetapi kini, aku jadi ibu,guru dan aku jugalah yang memikul senjata. Padahal engkau duduk sahaja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan sahaja aku panjat tangga dipejabat bomba. Kainku tinggi menyingsing peha,mengamankan Negara. Apakah kau sekarang tidak seperti dahulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu kepadaku?

Adam,
Marahkah kau jika ku katakan terpesongnya hawa sekarang engkaulah yang harus dipersalahkan! Kenapa kau? Bukankah orang sering bicara, Jika anak jahat maka emak bapak yang tidak pandai mendidik, Jika murid bodoh,guru tidak pandai mengajar. Jadi secara formulanya, Aku binasa,kaulah puncanya!!!

Adam,
Kau selalu mengata, Hawa memang degil! Tidak mahu dengar kata! Tidak mudah makan nasihat! Kepala batu! Tetapi duhai Adam, Seharusnya kau bertanya kepada dirimu, Siapakah ikutanmu? Siapakah rujukanmu? Dalam mendidik aku yang lemah ini. Adakah ikutanmu Muhammad s.a.w? Adakah rujukanmu Muhammad s.a.w? Adakah akhlak-akhlakmu boleh dijadikan contoh buat kami kaum Hawa?

Adam,
Sebenarnya kaulah imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu-pengikutmu Kerana kaulah amir. Jika kau benar maka benarlah aku. Jika kau lalai,lalailah aku. Lupakah kau duhai Adam? Kau punya satu kelebihan anugerah Tuhan. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Dan aku, akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam,gunakanlah ketinggian akalmu untuk membimbingku.

Pimpinlah tanganku kerana aku sering lupa dan lalai. Seringkali aku tergelincir ditolak,disorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbing dan bantulah aku dalam menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari TuhanMu agar duniaku sentiasa dijalan rahmah. Tiupkanlah roh jihad ke dalam dadaku agar aku mampu tetap menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya kau masih lali dengan kerenahmu sendiri. Masih segan mengikut langkah para sahabat baginda. Masih gentar mencegah mungkar. Maka kita tunggu dan lihatlah dunia ini akan hancur bila aku yang memerintah. Malulah engkau Adam. Malulah engkau pada dirimu sendiri. Wallahualam.

* sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1855

Monday, August 10, 2009

Seminar Perbandingan Agama di FTSM UKM Bangi..

ni sambungan sebenar nye..
teringat kat bro engku fauzi...
wah2 ak mmg respek tabik spring la kat dia..
tau x knape?
sbb dia ni penuntut agama kristian kat mcm2 gereja slama lbh kurang 5 tahun..
amboi2 awak tu islam, awat sbuk2 nak blajar agama org lain??

begini alkisahnya...1st time dia masuk gereja masa zaman sekolah mase tahun 1975..
mase tu dia skolag kat sekolah sekular...kawan dia bgsa cina ajak g gereja..dia ikut la..mule2 tu ok je...pastu mase nak kluar, paderi tu marah dia...pastu dia cakap dah x nak masuk dah..

then mase tahun 1995...dia dapat tau bahawa ramai org melayu yg berjaya dimurtadkan jd kristian..ape kejadahnye ni?dia pun risaula...
atas kesedaran itu la beliau bertekad utk belajar agama kristian sbb nak tau ape keistimewaan agama ni...

mula2 tu dia just bace buku je..then dia rase ng bc buku je x ckup...dia pn pegi la berguru ng paderi...lpas tu dia byk berdebat ng paderi pasal agama..tujuan utama beliau hanya utk berdakwah...

ade 1 kisah tu..dia jmpe sorang paderi melayu umur 23 tahun..muda kan?? pastu ble berbual2..paderi melayu cakap dia dku drug-addict yg truk..sume org dah x kisah kat dia...pihak gereja ni la yg buat baik kat dia..then dia pn tertarik ng kristian..n jd paderi...ooo begitu la...so kite klu ade saudara kite camtu (nauzubillah) jgn pinggirkan dia trus....

ape pn ak mmg respek atas kesungguhan engku fauzi ni....

Seminar Perbandingan Agama di FTSM UKM Bangi..

Assalamualaikum...
sekadar nak berkongsi cerita...
marin ak g ukm bangi utk seminar perbandingan agama..
saje je nak g..bnyi cam best je..pastu yuran dia pn murah, 3 ringgit je..
so pg tu ak ng zu pn naik la train dr putra trus ke stesen ukm..then nek teksi ke ftsm...

sebenarnye tu hari ke-2 seminar tu..ari 1st ari tu x leh g sbb ade miting kul 5..kang x pasal2, along marah klu xg miting,huhu...
rase cam rugi je..mmg best bangat seminar tu...
1st skali..mase sampai tu bro shah tengah cakap...
name sebenar dia shah kirjit..india muslim...
btw..klu org tu dah lama masuk islam..kite x bleh pggil dia muallaf...seolah-olah ade kasta dalam islam lak..bro shah cakap muallaf ni merujuk kepada org yg br nak berjinak-jinak ng islam...myb gak mase tu dia blum islam ag..so lpas ni klu jmpe non muslim yg revert jd muslim..jgn la dipanggil muallaf,ok?

ha sbnrnye mase tu bro shah tgh cte pasal soalan yg slalu d tanya oleh org non muslim, yg buat kite speechless utk jawab..

yang aku paling tertarik..pasal ade yg cakap sembelih cara islam ni kejam sbb gne pisau..sbnr nye...kite kan ade adab2 sebelum sembelih macam kne gne pisau tajam, tutup mka haiwan tu..

ok ni cth klu kite sembelih lembu kan..nmpk cam kejam je kan...smpai ade yg bleh rase kesian..sbnr nye..lembu tu x rase sakit pn klu kite sembelih dia...yeke?jeng3..
mst la..sbb kite potong salur darah n urat2 ke kepala(otak)..so x de impuls dihantar ke otak n lembu x rase sakit... pastu knape lembu tu menggelupur menendang2?nmpak cam sgt sakit je... ok sbnr nye bkan d sebabkan sakit...tp sbb darah nak d hantar ke otak tapi x boleh..so muscle dia akan contract n relax..sbb tu la lembu tu cam menendang2...pastu darah2 akan terpancut keluar..n jd la ia daging yg paling suci di dunia ini...
byk lagi yg bro shah cte...mmg menyedarkan aku...bahawa islam itu sememangnye indah...

Thursday, August 6, 2009

aiman- cinta terakhir




Tajuk:Cinta Terakhir
Penyanyi:Aiman

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita...

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu
Tiada tara didunia...

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ditentukan Tuhan....

Tuesday, August 4, 2009

wanita solehah...

ha ni buku yg ak br beli ari tu..mase kuar ng zuzu..sggah kat pustaka mukmin dkt masjid jamik jap..alamak kempis purse ak...ak ni mmg ska bli buku..tp nak habiskan pnye la lambat..isk3...

tjuk buku ni..."ciri2 wanita yang membawa ke syurga" karya Jaafar Salleh...
sbnr nye ak br je bc bab 1..muqaddimah..

"wanita adalah tiang negara. jika mereka rosak, maka rosaklah negara...n jika mereka baik, maka baiklah pula sesebuah negara n bangsa"..

alahai ble bc phrase ni..emm terase jgak la...ak merenung diri ak...mcm mane la nak lahirkan negara yg baik..sdgkan ak sbg tiang nye ni pn x tau ke mane lg..ntah la..kdg2 rase diri aku ni jahat sgt...knape susah yea nak jd baik? iman ku senipis kulit bawang...sekejap naik, sekejap turun..

Ya Allah..kuatkan lah hatiku utk berubah menjadi org yg lebih baik...

"sesungguhnya mulianya seorang wanita itu bukan kerana banyak jasa dan terkenal di seluruh dunia, tetapi kerana sifat lemah-lembut dan penyayang serta menjaga maruah dirinya dan berjasa kepada suami dan anak2...

juga mulianya wanita bukan kerana pintar akal, menghasilkan pelbagai teori dan falsafah, tetapi mulia mereka kerana menjadi golongan yang taat, menyenangkan n meredhakan hati suami..

berharganya wanita bukan kerana rupa cantik dan pandai bersolek, tetapi kerana kecantikan n keindahan akhlak mereka"

aih..byk ckp pasal isteri je..so bg ak yg blum kawin ni....taatlah kepada org tua ku..sngkan hati mereka...n 1 ari nt, insyaAllah ak pn akan jd seorang isteri..smoga mnjadi panduan buat diriku..

"YA Allah..jadikan lah aku wanita solehah..."
berikan aku kekuatan...

anjakan paradigma

td ak bkak blog yuni..wah!!lawa molek blog yuni..ak ska bc blog yuni...mcm2 pengisian ade...yuni tlis n share tazkirah yg dia dgr...bgus nye...sgan lak kat yuni..blog ak ni..merapu je byk..mcm kosong x berisi..ibarat tin buruk...bnyi nye lebih,isi nye kosong..

so..ak ngat nak buat anjakan paradigma sket kat blog ak ni..
share buku2 yg ak bc...at least ade la isi sket kan...mgkin bleh buat ak lbh ingt ape yg ak bc..n yg plg pnting...amalkan ape yg ak bc...

n smoga ak d beri kekuatan n kemudahan utk buat anjakan paradigma ni..hee~

"yang baik dijadikan pengajaran, yang buruk dijadikan sempadan"

Monday, August 3, 2009

emmm..

emmm....aish risau la plak..
ade sorg kawan ak ni eksiden ng kete ptg..td ms dia nak g kls..huhu..
ptg tu spatutnya kitorang miting sme2..pastu tbe2 ptg tu dia anta msg cakap x leh g miting..ade emergency..ak x tnye la plak knape..pastu dkt2 kul 7 td zuzu kol cakap dia eksiden..terkejut gak la ak..x sgka la plak emergency yg dia mksudkan tu eksiden...ak ngatkan dia sje nak excuse miting..nsb bek la ak x mrh kat dia td..klu x, dah rase b'salah dah..huhu..
n mase ak msg dia td..dia cakap kne tahan kat wad..smentara nak kne tggu utk d operate...ntah la,bnyi cam serius...mtk2 x de pape sgt...smoga dia cepat smbuh~

"berhati-hati di jalan raya..mulakan dengan bismillah...n tawakkallah kpd Allah..Allah lebih mengetahui segalanya.."

Sunday, August 2, 2009

tq rumate kesayangan:)

ni khas buat rumate kesayangan aku..hehhe..wp dia dah jd ex-rumate ku..tp x pela...
ak rase dia x mrh..hehhehe...

gni la citenye...td ak g k1...g smayang maghrib n isyak kat surau g..
mcm biase la smayang ng imam....
time maghrib tu ade bdak 2nd year jd imam..ok la dia dah biasa jd imam...
then isyak tu..kitorang men tolak2 sape nak jd imam..mula2 mirdha suh hanah jd...hanah x nak...pasru mirdha g qamat...mase 2 yg kat dpn cme ak n hanah je..antara kitorang 2 org je la...huhu..last skali ak pn nek la jd imam..
sian mirdha qomat sorg2...

mak aih..berdebor jantung ceq...ye la..ak bkannye biase jd imam ni..tmbh2 ramai la plak makmum nye...ak ni even skolah sume pmpn dlu...kat musolla x penah pn nak jd imam..tkut...huhu...org yg train ak jd imam..rumate kesayangan ak la..hehhehe..
dlu mule2 dia yg slalu jd imam..pastu dia suh ak try..mula2 tu takut...tp ak try gak la..mula2 jd imam..huhu sgannye kat rumate ksyg..hehhe...sgkut2 ak bc..surah lazim after alfatihah tu slalu je ak lpe..sampai ari tu kula'uzubirobbilfalaq pn ak bleh x ingat..hahha ape la ak ni..rumate ksygn la yg tlg smbung..hehhehe...

tp skrg alhamdulillah...ok dah sket..even ak bc slalu bc surah pendek2 je..hehhehe..
hope tomorrow will be better than today....
n practice make perfect...

thanks to rumate kesayangan sbb train aku jd imam:)

"Ya Allah..kurniakan aku zuriat yg soleh n solehah"

Saturday, August 1, 2009

i hate him!!

eiii bencinya!!!xtau nak cakap cane...
bencinya ng laki tu!!

emm ak br je sampai dari kelate...
naik bas tambahan...
pastu td ade sorang laki dk tepi ak..
ak ni memang x ska cakap ng laki yg dk sblh..
so mule2 mmg ak x cakap ng laki tu...
lpas merapoh tu...
dia tnye ak jam kul brape..
so ak cakap la xkan nak sombong lak kan..
pastu bual la sket2..
org tnye ak jawab..
pastu ayat last dia..
len kali bleh blek skali lg...
tkut dah sket ak..
pastu ak wat2 tdo..
mls dah nak kecek...

yg ak geramnye..
laki ni ska sgt nak dk dkt2..
sje je langgar bahu ak..
gram tul la..
ak ni dah jd cam kuih basi..
tertepek tpi dinding..
skit urat ak...nak kcikkan bdn..duduk statik je..
nak tdo pn x lena..
takut rase..rase cam x selamat..

dalam keadaan ak tertepek tpi dinding tu smpat lg la kdg2 dia lggar bahu ak..
huhu gramnye...
ak pn x tau nak buat cane..
cme bleh kcikkan bdn sekecik-kecik nye la..

ak benci laki tu!!
ingt ag mase nak trun tgk mka dia tersengeh2..
eii mnyampahnye!!!!!!
bnci3!!!!