Sunday, February 28, 2010

dia takdirmu di syurga....



Dia Takdirmu Di Syurga
www.iluvislam.com
Oleh:Rezza Khanafiah
mawaryangtinggi



HATI manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa, apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-‘e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan belajar dari masalah tersebut.

Jodoh, adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan. Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari cinta Ilahi nan abadi.

Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga Allah Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama, syari-‘at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

“Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah...” rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan, namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan, khabar tidak seindah rupa. Tidak boleh menjadi idealistik. Banyak tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran. Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik, satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab. Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di sebelah pasangan dilengkapkan pasangan lain. Usia perkahwinan juga akan melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

SEBELUM KAHWIN

Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik, bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: “...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)” an-Nur (24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu mengandung, tapi sampai bila, tembelang kalian pasti dapat dihidu, bila dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah, mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan, menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan...” an-Nisaa’ (4:34)

Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik untuk keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh berdikari menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak control macho sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, elakkan mengenali pasangan terlalu intim sebelum berkahwin. Dibimbangi, kalian terkejut selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?





SELEPAS KAHWIN

Kehidupan adalah realiti yang memotretkan pelbagai palitan warna emosi, suka duka sebagai diari dibaca, dicermati pada hari muka, hal baik-baik sudah pasti diulang dan diperbaiki dari semasa ke semasa.

Kehidupan adalah lautan yang dipenuhi gelombang, taufan dan goncangan, membawa pelbagai cuaca, sudah pasti memberi kesan membekas di hati manusia. Hati manusia ibarat sebuah sampan kecil yang dipaksa berlayar dalam lautan luas. Mahu atau tidak, manusia perlu benar-benar memahami, belajar dari lautan kehidupan sebaik sahaja mereka membuka mata, dan bersedia memulakan pelayaran. Suri teladan para pelayar sudah ada di hadapan kalian, tinggal lagi kalian memilih cara mereka atau membentuk kaedah pelayaran tersendiri berdasarkan pengalaman mereka.

Pelayar terbaik, tidak lain dan bukan adalah baginda s.a.w.

Cinta itu bukan alasan utama untuk dapat bahagia, kerana ramai juga bercerai kerana cinta.

Ramai orang bercinta bagai hilang ingatan, tapi bercerai berai juga. Ramai yang kahwin suka sama suka, tapi rumahtangga kecoh. Ini bukan soal cinta atau suka. Ini soal sejauh mana kebergantungan suami isteri pada Allah Taala dalam setiap urusan, Sejauh mana mereka sepakat dalam mencari berkat dalam rumahtangga. Dengan kehendak Allah sahaja, rumahtangga akan berjaya dan bahagia. Pohonlah kebaikan pada-Nya, serta terus menerus menjadi baik.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” al-Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik, dipersetujui bersama.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda. Dialah satu-satunya insan yang terbaik untuk diri kalian, bukan kedua, bukan ketiga. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.

Rumahtangga bahagia, bukan bahagia cukup material dan keperluan jasmani bahkan keperluan rohani. Maka bercintalah kalian sepuas-puasnya, kerana kalian adalah halal bagi pasangan. Setiap hembusan cinta kalian, pasti berbuahkan pahala di kebun cinta Ilahi di taman syurga nanti. Bukankan ironi sangat aneh, bercinta sebelum kahwin lebih hebat berbanding bercinta selepas akad, jelas sekali kalian hipokrit.

Kenapa perlu mengembalikan cinta?



Saya merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.



Selepas kahwin anda tetap sebagai nakhoda. Nakhoda kepada para kelasi di bawah tanggungan anda. Baik buruk kesudahan perjalanan mereka berada di tangan kalian. Prinsip dan paradigma utuh sahaja akan selamat mengemudi badai dunia.





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel dipetik dari blog Saujana Mata Hati, yang diilhamkan oleh saudara Rezza Khanafiah
http://puteraazhari.blogspot.com/


sumber:
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2314

Friday, February 26, 2010

aku malu.....

emmmm....ak rase malu....klu la Rasulullah ade lg..klu la dia tau ak mcm ni..mst Rasulullah sdih..klu la ak jmpe Rasulullah mse ni...sungguh...ak malu padamu...ya Rasulullah..wahai kekasih Allah..perjuanganmu begitu agung...sedangkan ak......
sungguh ak terlalu byk kelemahan diri....

ni khutbah terakhir Rasulullah..pesanan untuk umat2 nya...sama2 lah kita saling menyampaikan...

khutbah terakhir Rasulullah SAW

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu
Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah
Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

ak ska sgt dgr lagu ni..rase cam mnyentuh hati....







lirik

Lirik Lagu ” Ya Rasulullah “
Artis ” Raihan “

Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu
Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu

Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kukucup Tanganmu
Moga Mengalir Keberkatan Dalam Diriku
Untuk Mengikut Jejak Langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak Pernah Kutatap Wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami Rindu Padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kudakap Dirimu
Tiada Kata Yang Dapat aku Ucapkan
HanYa Tuhan Saja Yang Tahu

Kutahu Cintamu Kepada Umat
Umati Kutahu BimbangnYa Kau Tentang Kami
SYafaatkan Kami
Alangkah IndahnYa Hidup Ini
Andai Dapat Kutatap Wajahmu

Kan Pasti Mengalir Air Mataku
Kerna Pancaran Ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah Kami Sebagai Umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah SYafaatmu



n marilah kita sama2 perbanyakkan selawat kepada baginda...

Sunday, February 21, 2010

JANGAN TARIK TuDuNG SAYA!!

1st skali ak nk tnye bg sape2 yg pkai tdg ni...
ape korang nak buat klu ade org tarik tdg korang?
klu bdk besar bleh la nak marah...
tp klu bdak kcik..x kan nak marah kot...
dia bkannye reti...

beginilah alkisahnya.....
td ak naik train...pastu ade la sorang bdak laki cina dk tpi ak..dalam umur 4 thn g2....tpi dia plak ade mak dia ngah bc buku....

mula2 dia men sorang2 je..x kcau ak pun..pastu tbe2 dia tarik hujung tdung ak....
ak pn snyum la kat dia...smbil tarik blek tdg ak...ak pn ckp la...
"no..no..."
duduk kejap...dia tarik lg hujung tdg ak...
pastu i said again..
"no..no...u cannot pull my tdg.."(ntah btul x word yg ak gne..lantak la...)

mase tu org dalam train dah tgk2 dah kitorang..sgan dowh...
bdak tu mcm berminat je tgk tdg ak..
ak cakap la lg...
"do u know this? this is tudung...tudung is use to cover my hair..."

pastu dia pn main2 rambut mak dia kat tpi...
pastu skali lg dia menyerang ak...
ak rase dia nak konpemkan ak ade rambut ke x...
dia pegang sket bah depan tdg ak..
mmg la x nampak rambut...cece (kakak) pakai anak tdg la syg...

ak pn geram jgak la 10 sen ng bdak ni...
ak pn tepuk2 sket bahu dia..ak cakap la..

"no u cannot do like this to other people...this is rude.."sambil jari telunjuk ak mengawang-awang depan mka dia..biar reti sket..ish geram jgak la..mmg la dia x tau...tu yg ak x marah sgt...bleh lg la nak snym...
tp yg ak geram sgt..mak dia wat dek je kat tpi..aih x kan x paham ak ckp kot...xpela...dia pn dah x larat kot nak tgur ank dia..huhu...

sblm dia mnyerang ak lg..baik ak berbual-bual ng dia...
ak pn ngepong la..oyak comey nye baju...sape beli ni? (ms tu ak speaking bi..x speaking kelate)
dia x jawab..

aih..nak tnye ape lg ni....
ak pn tnye la name gapo..
dia geleng2 kepala...

ak rase la kan..bdak ni x paham bi...patut la mase ak tgur dia wat dek je..adoi!
ngat nak ckp cina ng dia..tp ak x tau sgt...
yg ak tau ni hao ma (apa khabar?)
x kan tbe2 nak tnye ape kabar kot...
haish...

n ak rase bdak ni cina sngapore kot...xpenah tgk org pkai tdg...tu yg dia plek sgt tgk org pkai tdg tu..x pela syg..cece (kakak) dah x mrh dah:)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

di sebalik cerita...

ak doakan smoga bdak tu n mak dia dapat hidayah Allah...
ble kite tgk skarang ni..mcm2 fesyen tdg ade...
x salah utk berfesyen...asal still menutup aurat dan tidak berlebih-lebihan...

kewajipan bertudung

mari kita lihat firman Allah dalam surah an-Nur,ayat 31:

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…..” sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Dan hadis Rsulullah s.a.w yang berbunyi:

“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.” (hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah




sumber: http://www.gufx.info/showthread.php?t=61194


"ya Allah...tetapkan lah hati ini dijalan Mu....
ya Allah...jangan Kau tarik hidayah yg telah Kau berikan kepada hamba Mu yg hina ini..."

Friday, February 19, 2010

romantiknya...

versi 1
"abang...sayang masak special utk abang hari ni tau"..kata si isteri sambil tersenyum...

"ok biar abang rase...."

emmmm...

"knape bang?"

"sedap...tapi...."

"tapi ape...?"

"emmm..masin...."

"sori abang...len kali syg kurangkan garam..."

"ok:)"


versi 2
"abang...sayang masak special utk abang hari ni tau"..kata si isteri sambil tersenyum...
"ok biar abang rase...."
emmmm...
"knape bang?"
"knape masin sgt?awk pndai masak x ni?dah la..jom kite mkn kat luar je la...."
" :( "

versi 3
"abang...sayang masak special utk abang hari ni tau"..kata si isteri sambil tersenyum...

"ok biar abang rase...."

emmmm...

"knape bang?"

si suami tersenyum...

"apa kata klu kita makan sama2...abang suapkan syg..n syg suapkan abg...ala mcm kite mula2 kawin dlu..dah lama kite x buatkan...hehhe"

"ok meh syg suapkan abg dlu..."

"xpe..kali ni biar abang yg suapkan syg dlu..ok? :) "

"ye:)"

si suami pun suapkan isteri dengan penuh kasih syg...

"abang..sori..sup ni masin rupenye....."

"xpe...abang x marah..abang cme nak tegur je....:) "


komen versi 1
-ok..suami yg baik..x marah wp x sedap

komen versi 2
-mak aih..sdapnye mengomen..at least berlapik la sket...

komen versi 3...
-suami yg baik...
-romantik...

highlight

nak tau x...yg versi 3 tu sbnr nye adaptasi cte Rasulullah n isterinya Aisyah...romantikkan Rasulullah ni..cara baginda tegur Aisyah lembut n berhikmah...kadang-kadang benda kcik macam ni ramai yg terlepas pandang...tp Rasulullah memang teliti...tu menyebabkan ramai yang menyukai Rasulullah....ramai yang tertarik memeluk Islam sebab tertarik dengan keperibadian Rasulullah...

jom kita kenali Rasulullah...

BIOGRAFI

Nama :
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bin 'Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab

Bapa :
Abdullah bin Abdul Mutalib

Ibu :
Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab

Tarikh lahir :
Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyhur). Pendapat yang rajih pada 9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.

Status :
Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.

Isteri-isteri :
1.Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha
2.Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha
3.'Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma
4.Hafsah binti Umar Radhiallahu 'Anhuma
5.Zainab binti Khuzaimah Radhiallahu 'Anha
6.Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah Radhiallahu 'Anha
7.Zainab binti Jahsy Radhiallahu 'Anha
8.Juwairiyah binti Harith Radhiallahu 'Anha
9.Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan Radhiallahu 'Anhuma
10.Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab Radhiallahu 'Anha (Banu Nadir keturunan Nabi Harun)11.Maimunah binti Harith Radhiallahu 'Anh


Semua isteri Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam janda semasa dikahwini kecuali Aisyah Radhiallahu 'Anha.
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.

Zuriat :
1.Qasim Radhiallahu 'Anhu (menyebabkan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam digelar Abul Qasim)
2.Zainab Radhiallahu 'Anha
3.Ruqayyah Radhiallahu 'Anha
4.Ummu Kalthum Radhiallahu 'Anha
5.Fatimah Radhiallahu 'Anha
6.Abdullah Radhiallahu 'Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)
7.Ibrahim Radhiallahu 'Anhu.
•Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu 'Anha kecuali Ibrahim Radhiallahu 'Anhu daripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu 'Anha.
•Semua anak-anak Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat sewaktu hayat baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu 'Anhu.
•Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.

Rujukan:
http://ulamaummah.blogspot.com/2007/05/siri-1-kronologi-sirah-rasulullah-saw.html

yg ni plak ak amik dari fb..bnyk sbnr nye...antaranye...


Belajar Adab-Adab Sunnah Rasulullah (Adab Adab Makan)

Wajib memastikan kehalalan makanan kita,yaitu bkn makanan yg haram,ataupun syubhat. Diharamkan setiap hewan buas yg bertaring kuat untk memangsa,seperti: anjing,babi,srigala,kucing,anjing hutan,gajah,singa,macan tutul,macan kumbang,kera,dan binatang buas sejenisnya...

Belajar Adab-Adab Sunnah Rasulullah (Adab-Adab Berpakaian)

Diperintahkan agar berpakaian dgn baik. Sesungguhnya Allah tdk menyukai yg kotor dan jorok(Abu dawud). Sunnah memakai pakaian putih, rasulullah saw. Menyukai pakaian yg warna putih(Tirmidzi,Ibnu majah). Memulai berpakaian dgn memasukkan tangan kanan lebih dulu. Kemudian tangan kiri...

(Very Important) (Sangat Penting)->Belajar Adab-Adab Sunnah Rasulullah (Adab-Adab Istinja / Buang Air besar dan air kecil)
(adab Istinja). Masuk Wc dgn kaki kiri lebih dahulu(Tirmidzi).*usahakan masuk dgn alas kaki untk menghindari najis(Imam nawawi)...

sumber:
http://www.facebook.com/pages/Dubai/Belajar-Adab-Adab-Sunnah-Rasulullah/112179727479

tp x byk la yg ak dapat cr...sbnr nye byk lg sunnah Rasulullah kan...

k la jom kite nyanyi nak?
ni my fav band..wali band...
lagu mari shalawat....



lirik

shalatullah salamullah, ‘ala Thaha Rasulillah
Shalatullah salamullah, ‘ala Yasin Habibillah
Tawasalna bibismillah, wa bilhadi Rasulillah,
wa kulli mujahidin lillah, bi ahli badri, ya Allah

Daripada kita pacaran
Lebih baik kita shalawatan
Daripada kita berduaan
Nanti bakal di hasut setan

Awas jangan dekat-dekatan
Kitakan belum ada ikatan
Daripada dekat-dekatan
Mending kita shalawatan

BUkan aku tak suka padamu
Bukan aku tak mau denganmu
Tapi aku mau liat dulu
Setebal apa imanmu

Sudahlah engkau lupakan
Anggap saja kita ta’arufan
Sudahlah jangan kau pikirkan
Mending kita shalawatan

Saturday, February 13, 2010

senyumlah sayang (^_^)

sekarang aku sedang tersenyum..
sbb..
im home now...hehhehe..
ak br je sampai dr kl kul 1.30 am td...

ha tadi lpas g bayar yuran kat pejabat bendahari..
ak g loyat ng my friend...
pastu td kawan ak tu ngah beratur amik duit..
ak pun tggu la dia dekat kdai teppayanki tu...
pastu mase tengah tggu tu..
ade sorang perempuan bertudung labuh lalu n senyum kat aku..
senyum dengan penuh keikhlasan...
mase tu ak pn senyum blek..
lpas dia dah pegi pn ak still tersenyum...
ntah la..rase cam ade bonding...
sesungguhnya senyum itu penguat ukhwah...
so senyumlah kepada sesiapa sahaja..
tapi XX jgn snyum lbih2 kat XY..nt len cite nye plak kan!!

senyum tu..dia mcm ade power dia sdiri..kite cme perlu gerakkan muscle2 kat muka kite..x susah pun...
n efek nye besar skali..

senyuman yang ikhlas itu mampu menyejukkan hati yang melihat dan menenangkan tuan empunya hati...so senyumlah sayang..*wink2*

ingat lagi x lagu ni..senyum seindah suria...lets sing together..tp lirik je yg ade...tp ak konpem..sume org mst tau lgu ni kan??kan??

Senyum

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...

Sumbangan Suraya Mohd Jemil
*teringat mase orientasi kat skolah naim dlu(btw ak smpat skolah naim for 1month)..mase tu fasi suh tukar senyum tu kepada sengih..memang konpem tersengeh punye...
senyum..sengeh...n dont forget to say...alhamdulillah...thank you Allah...because until today..we can still smile....we can still alive...n we are still giving chances to change better...lets appreciate all this nikmat...lets say together.... ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH....